BUKU PROGRAM ComSciTic STEM 2025

KATA ALU-ALUAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera serta SALAM MALAYSIA MADANI, Ketua Pengarah JPPKK YBHG. DATO' DR. HJ. MOHD ZAHARI BIN ISMAIL KETUA PENGARAH PENDIDIKAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah atas penganjuran Program ComSciTic STEM Adventure 2025 – BrainSTEM Battle. Inisiatif ini merupakan usaha yang sangat bertepatan dengan keperluan semasa dalam melahirkan generasi pelajar yang berdaya saing dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pendekatan kuiz interaktif yang diketengahkan melalui BrainSTEM Battle bukan sahaja menguji pengetahuan, malah mengasah kemahiran berfikir aras tinggi, kreativiti, penyelesaian masalah dan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar. Ini adalah kompetensi penting yang seiring dengan matlamat Sustainable Development Goal (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti. Saya percaya program ini mampu meningkatkan minat pelajar terhadap STEM serta membuka ruang penyertaan yang inklusif melibatkan POLYCC, IPT, sekolah menengah dan sekolah rendah. Dengan penyertaan yang meluas ini, ia akan memperkukuh ekosistem pendidikan teknikal dan vokasional negara, seterusnya melahirkan modal insan yang holistik, kreatif dan inovatif. Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur. Semoga program ini mencapai objektif yang dihasratkan dan memberi manfaat kepada semua peserta serta komuniti pendidikan. Sekian, terima kasih. “Think Fast. Think Smart. Think STEM.”

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2