BUKU PROGRAM ComSciTic STEM 2025
KATA ALU-ALUAN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat bersama-sama menjayakan Program ComSciTic STEM Adventure 2025, khususnya melalui aktiviti “BrainSTEM Battle” yang julung kali diadakan pada tahun ini. Dunia hari ini bergerak pantas seiring dengan arus teknologi. Justeru, generasi muda perlu diperkasakan dengan ilmu dan kemahiran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) agar mereka bukan sahaja mampu menghadapi cabaran masa depan, tetapi juga menjadi peneraju kepada pembangunan negara. Saya amat berbangga dengan usaha penganjuran BrainSTEM Battle, sebuah pertandingan berasaskan kuiz yang bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi peluang kepada para pelajar untuk menguji pengetahuan, kemahiran berfikir aras tinggi, kreativiti serta semangat berpasukan. Program ini juga selari dengan matlamat Sustainable Development Goal (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, yang menekankan akses pendidikan yang inklusif, menyeluruh dan berdaya saing. SR. HAJI RAZALI BIN JOHARI Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Pengarah PSAS Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Saya berharap agar semua peserta dapat mengambil peluang ini untuk menimba pengalaman berharga, menambah ilmu pengetahuan, serta terus menyemai minat mendalam terhadap bidang STEM. Akhir kata, semoga Program ComSciTic STEM Adventure 2025 menjadi wadah terbaik dalam melahirkan generasi muda yang berilmu, berdaya inovasi dan berfikiran kritis, demi masa depan negara yang gemilang. Sekian, terima kasih.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2