BUKU PROGRAM ComSciTic STEM 2025

PENGENALAN Dunia hari ini yang dipacu oleh arus teknologi menuntut generasi muda agar celik dan mahir dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Pendekatan pendidikan STEM bukan sahaja memperkukuh pengetahuan pelajar dalam subjek- subjek teras ini, malah turut memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT), keupayaan menyelesaikan masalah, kreativiti dan inovasi. Seiring dengan aspirasi tersebut, Program ComSciTic STEM Adventure 2025 memperkenalkan aktiviti “BrainSTEM Battle”, iaitu pertandingan kuiz yang menguji pengetahuan, kecekapan dan daya pemikiran pelajar dalam bidang STEM. Melalui pendekatan permainan kuiz yang interaktif, peserta didedahkan dengan soalan-soalan mencabar yang mengasah kefahaman konsep STEM dalam suasana yang menyeronokkan dan bermakna. Program ini bukan sahaja berfungsi sebagai wadah menyemai minat terhadap STEM, tetapi juga sebagai medium untuk membina keyakinan diri, meningkatkan daya saing serta mengukuhkan semangat berpasukan. Selaras dengan Sustainable Development Goal (SDG) 4: Pendidikan Berkualiti, inisiatif ini menyokong pembangunan pendidikan yang inklusif, holistik dan berkesan. Penyertaan BrainSTEM Battle dibuka luas kepada pelajar POLYCC, institusi pengajian tinggi, sekolah menengah dan sekolah rendah, menjadikan program ini platform inklusif untuk melahirkan generasi celik STEM yang bersedia menghadapi cabaran global. PROGRAM

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2