FLIPBOOK V2 BUKU PROGRAM MALCIDAC 2025
OBJEKTIF Program Program ini dianjurkan dengan objektif utama berikut: Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar mengenai kepentingan Pertahanan Awam serta kesiapsiagaan dalam menghadapi bencana dan kecemasan. Melahirkan pelajar yang berdisiplin, berdaya tahan dan berjiwa kepimpinan melalui latihan kawad, modul kecergasan, dan aktiviti pembinaan sahsiah. Menyediakan platform pentauliahan rasmi kepada ahli Kadet PISPA Politeknik Malaysia yang telah memenuhi kriteria latihan dan komitmen. Memupuk semangat kesukarelawanan dan keprihatinan sosial dalam kalangan pelajar melalui penglibatan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan khidmat komuniti. Memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara institusi TVET, agensi Pertahanan Awam, dan komuniti tempatan dalam usaha membina masyarakat yang lebih bersedia dan berdaya saing. Menyeragamkan latihan, modul dan aktiviti PISPA di seluruh negara selaras dengan piawaian kebangsaan serta memperkukuh struktur pasukan Pertahanan Awam di institusi politeknik dan kolej komuniti.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2