FLIPBOOK V2 BUKU PROGRAM MALCIDAC 2025
PENGENALAN Pertahanan Awam merupakan elemen penting dalam membentuk masyarakat berdisiplin, berdaya tahan dan patriotik, khususnya dalam kalangan generasi muda. Institusi TVET seperti politeknik dan kolej komuniti memainkan peranan penting dalam melahirkan pelajar yang seimbang dari segi akademik, jati diri dan kemahiran insaniah. Program 1 POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp (MalCiDAC) 2025 diperkenalkan sebagai platform kebangsaan untuk memperkukuh penglibatan pelajar dalam aktiviti Pertahanan Awam melalui latihan fizikal, kemahiran menyelamat, pengurusan bencana dan kepimpinan, serta Majlis Pentauliahan rasmi. Program ini menghimpunkan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) dari politeknik dan kolej komuniti seluruh negara dan bakal dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Pengerusi TVET Negara, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. st Penganjuran ini turut menyatukan tiga elemen utama iaitu: MalPCiDAC Politeknik, HiPA Kolej Komuniti dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Program ini bukan sahaja memenuhi keperluan kokurikulum tetapi juga berperanan sebagai medan latihan dan pendedahan awal kepada bakal kadet PISPA, seterusnya membentuk pasukan PISPA yang mantap dan berwibawa. Sejajar dengan teras kesukarelawan dalam pembangunan Kemahiran Insaniah oleh Kementerian Pendidikan Tinggi, penyertaan dalam kokurikulum PISPA merupakan platform terbaik bagi pelajar memupuk nilai- nilai positif serta semangat khidmat kepada masyarakat dan negara. Seramai 220 kadet PISPA Politeknik yang telah memenuhi semua syarat wajib akan ditauliahkan dalam Majlis Pentauliahan, dengan sasaran awal penyertaan melibatkan 30 buah Politeknik Malaysia. Program
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2