FLIPBOOK V2 BUKU PROGRAM MALCIDAC 2025

KATA ALU-AluaN Timbalan Perdana Menteri YAB. KPj. PERDANA (PA) DATO’ SERI Dr. AHMAD ZAHID BIN HAMIDI Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera serta Salam Malaysia MADANI, Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana atas limpah rahmat dan izin-Nya jua, kita telah dapat melahirkan generasi yang bertepatan dengan aspirasi MADANI melalui Majlis Pentaulihan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) sempena 1 POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp (MalCiDAC) Tahun 2025 ini. Saya dengan penuh bangga dan berterima kasih kepada semua barisan pengurusan yang telah berjaya menjalankan program ini dari mula hingga akhir pentauliahan ini termasuk urus setia majlis ini. Saya percaya tugas sebagai Pegawai Muda bukanlah satu tugas yang mudah namun saya yakin dengan kerjasama semua pihak, tugas ini dapat dilaksanakan bersama dalam satu pasukan yang besar dengan penuh rasa tanggungjawab, berkomitmen dan beramanah. Insya-Allah. st Adalah menjadi impian setiap rakyat Malaysia di negara ini untuk hidup dalam kesejahteraan, keharmonian dan terjamin kebajikannya. Hal ini bertepatan juga dengan lafaz ikrar anda sebagai pencorak masa hadapan dengan inti pati dan perjuangan melahirkan generasi muda yang dapat memacu komuniti ke arah melahirkan komuniti negara Malaysia yang berdaya tahan bencana. Di samping itu juga, sekali gus dapat memastikan pembangunan ekonomi yang mapan, pembentukan sahsiah diri ke arah membina masyarakat Malaysia yang bersatu teguh, berpendidikan, berkemahiran dan pada masa yang sama melindungi alam sekitar bagi memastikan pengurangan risiko bencana yang di hasratkan dapat direalisasikan. Majlis Pentauliahan PISPA sempena 1 POLYCC MalCiDAC 2025 ini membuktikan perjuangan anda dan pasukan adalah bermakna kepada negara menerusi kejayaan program dan aktiviti dilaksanakan menepati hala tuju negara yang tercinta. Saya menyeru marilah kita bersama-sama kerajaan untuk membina masa depan yang cerah demi anak- anak kita dan generasi akan datang. Syabas dan Tahniah kepada semua Pegawai Bersekutu dan Staf Muda (Pertahanan Awam) yang ditauliahkan pada hari ini. Senantiasalah berbakti kepada komuniti walau di mana jua dan tidak kira masa. Akhir kata Salam Malaysia MADANI. st

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2