FLIPBOOK V2 BUKU PROGRAM MALCIDAC 2025

YAS DATUK KPj. (PA) AMINURRAHIM BIN MOHAMED Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Ketua Pesuruhjaya AP M KATA ALU-AluaN Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan Salam Malaysia MADANI. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama menyambut satu detik bersejarah dalam dunia pendidikan dan keselamatan negara dalam Majlis Pentauliahan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) sempena 1 POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp & Commisioning (MalCiDAC) 2025. st Program ini merupakan manifestasi komitmen kita dalam melahirkan modal insan yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal dan sahsiah diri, sejajar dengan aspirasi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta kerangka Malaysia MADANI yang menekankan nilai keinsanan, kesejahteraan, dan keselamatan untuk semua. PISPA bukan sekadar platform latihan kepimpinan dan pertahanan awam, tetapi juga medan pembentukan jati diri, semangat setia kawan dan nilai kemanusiaan nilai-nilai yang sangat penting dalam membina masyarakat yang bersedia menghadapi bencana dan cabaran mendatang. Kejayaan program ini juga mencerminkan usaha bersepadu antara Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memperkukuh kesiapsiagaan nasional melalui pendekatan pendidikan yang menyeluruh, holistik dan berasaskan nilai serta melahirkan aset masa hadapan negara. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, jurulatih, Pegawai Kehormat dan Bersekutu, dan warga kerja yang telah menjayakan program ini. Tahniah kepada Staf Muda (Pertahanan Awam) yang berjaya ditauliahkan dan teruskanlah perjuangan sebagai Pegawai Pasukan APM dan anda adalah aset dan penyumbang kepada kesejahteraan, dan pelindung kepada masyarakat. Akhir kata, semoga program ini menjadi titik tolak kepada penglibatan lebih meluas dalam membentuk pelajar TVET yang bukan sahaja mahir dari segi teknikal, tetapi juga bersedia berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara. Sekian, terima kasih.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2