MAJLIS PELANCARAN TNB 2025
Page 11 Pembangunan Pusat Pengecas Komersial Kenderaan Elektrik TNB Electron di PSAS mampu melonjak Pusat Teknologi Automotif (POLCAM) PSAS sebagai TVET COLLABORATION HUB termaju dalam bidang teknologi automotif untuk memenuhi hasrat dan inspirasi pemegang taruh industri automotif negara di masa hadapan. Objektif pelaksanaan projek ini ialah melengkapkan Ekosistem Teknologi Termaju Kenderaan Elektrik POLCAM PSAS dengan adanya Stesen Pengecas Komersial TNB Electron di premis PSAS. Secara tidak langsung, kemahiran dalam penyelenggaran peralatan teknologi termaju ini, POLCAM PSAS dapat memenuhi hasrat pemegang taruh industri automotif negara seperti penggubal dasar automotif, industri, agensi kerajaan, institusi TVET dan komuniti setempat. Pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik ini juga dapat menyelaras matlamat dan hala tuju bidang fokus utama POLCAM iaitu Centre of Electric Vehicle dalam bidang latihan dan konsultansi yang berkaitan teknologi kenderaan elektrik dan teknologi stesen pengecas elektrik ini dan input-input dari pakar-pakar yang memasang dan menyelenggara stesen pengecas kenderaan elektrik dapat digembleng untuk memenuhi keperluan tenaga mahir bidang pembangunan dan penyelenggaraan teknologi stesen pengecas kenderaan elektrik negara. Cadangan Pembangunan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron di Politeknik Sultan Azlan Shah tercetus semasa Wan Ahmad Zam Zam Wan Abd Wahab, Program Director, Program Management Office (Electric Vehicle), Strategy and Ventures Division, Tenaga Nasional Berhad menyampaikan ucaptama bertajuk “Spurring The Development of Low Carbon Mobility: TNB Plays Four Distinct Roles In Proliferating Battery EV (BEV) Adoption In Malaysia” di Majlis Focus Group Dialogue, TVET HUB AND INDUSTRY ENGAGEMENT (THIE 2023) pada 11 Oktober 2023. Selepas itu projek pembangunan stesen pengecas kenderaan elektrik diluluskan pada pelbagai peringkat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM), Jabatan Kerja Raya, Pejabat Daerah dan Tanah Muallim, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Suruhanjaya Tenaga.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2