MAJLIS PELANCARAN TNB 2025

Page 12 Projek Pembangunan dimulakan pada 7 Mac 2025 sehingga dibuka kepada orang awam pada 24 Jun 2025. Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron berkapasiti 120 KWH dan dilengkapi dua nozel yang membolehkan dua kenderaan elektrik dicas pada satu masa. Stesen pengecas kenderaan elektrik TNB Electron ini dibuka 24 jam sehari dan dilengkapi sistem keselamatan dan pencegahan kebakaran sejajar dengan semua peraturan yang berkaitan. Lokasi Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik TNB Electron ini amat strategik disebabkan berada di tepi laluan utama Jalan Persekutuan Kuala Lumpur – Ipoh dan laluan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Kuala Lumpur – Bukit Kayu Hitam. Pengguna kenderaan elektrik di lebuh raya PLUS boleh keluar melalui Tol Behrang atau Tol Slim River untuk ke Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik di Politeknik Sultan Azlan Shah. Diharap kerjasama Tenaga Nasional Berhad dan Politeknik Sultan Azlan Shah dapat diteruskan dalam pelbagai bidang berkaitan latihan dan pembangunan pekerja mahir dalammobiliti teknologi hijau pada masa hadapan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2