MAJLIS PELANCARAN TNB 2025
Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan SalamTVETUnggul. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) atas kejayaan merealisasikan pewujudan stesen pengecasan kenderaan elektrik TNB Electron di PSAS. Projek ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan dan menjadi bukti kejayaan kerjasama strategik antara institusi TVET dengan pihak industri. Lebih membanggakan, ini merupakan stesen pengecasan pertama yang dibina dalam rangkaian Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC), serta menjadi yang pertama di Daerah Muallim, Perak. Ini menandakan langkah berani dan progresif dalam menyokong aspirasi negara ke arah pembangunan mobiliti hijau yang menjadi sebahagian dari visi dan misi POLYCC. Selain itu, POLYCC sentiasa bersedia untuk menjalinkan sinergi dengan pelbagai pihak demi memperkukuh ekosistemTVETnegara yang holistik dan berdaya saing. POLYCC juga komited untuk melahirkan graduan yang celik teknologi, berkemahiran tinggi, serta mempunyai kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar. Pendekatan sebegini amat penting dalam memastikan pendidikan TVET kekal relevan dalam menghadapi cabaran masa depan. Page2 Semoga stesen pengecasan TNB Electron ini dapat menjadi platform pembelajaran yang berimpak tinggi kepada pelajar dan warga PSAS, di samping memberi manfaat kepada komuniti setempat, seterusnya menjadi pemangkin kepada lebih banyak usaha inovatif dalam memperkukuhkan transformasi teknologi hijau dalam sistem pendidikan negara. Sekian, terima kasih. YBhg. Dato' Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknikdan Kolej Komuniti Kementerian PendidikanTinggi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2