MAJLIS PELANCARAN TNB 2025
Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera, Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, satu lagi inisiatif mampan berjaya direalisasikan menerusi penyempurnaan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS). Usaha ini merupakan satu lagi langkah penting dalammemperkukuh ekosistemmobiliti elektriknegara. Saya berasa amat berbangga dengan kerjasama strategik antara TNB Electron dan PSAS yang telah membuahkan hasil dalam menyokong aspirasi negara untuk membangunkan 10,000 stesen pengecasan EV menjelang akhir tahun 2025. Ini jelas membuktikan bahawa kerjasama antara industri dan institusi pendidikan tinggi adalah kunci kejayaan dalam pelaksanaan dasar negara. TNB sentiasa bersedia berganding bahu dengan mana-mana pihak bagi memacu agenda TVET serta pembangunan modal insan yang seiring dengan keperluan teknologi masa hadapan. Selaras dengan visi dan misi Tenaga Nasional Berhad, kami komited untuk mendokong teknologi hijau dan memperluas rangkaian pengecasan EV ke seluruh negara. TNB Electron berperanan sebagai pemangkin utama dalam menjayakan sistem mobiliti rendah karbon serta memperkukuh ekosistem sifar karbon ( zero emission ) yang mampan. Kami percaya bahawa masa depan tenaga adalah lestari, pintar dan bersih, dan infrastruktur pengecasan EV seperti ini adalah antara teras utama dalam perjalanan ke arah masa depan tersebut. Page3 Adalah menjadi harapan saya agar stesen pengecasan ini bukan sahaja dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga PSAS, malah turut menjadi platform pembelajaran, penyelidikan dan inovasi ke arah mobiliti elektrik yang inklusif dan berdaya saing. Semoga inisiatif ini menjadi titik mula kepada lebih banyak kerjasama strategik yang akan memacu pembangunan teknologi hijau serta kelestarian negara. Sekian, terima kasih. Ir. Dr. Mohd Fadzil BinMohd Siam Ketua Pegawai Strategi & Usaha Niaga Tenaga Nasional Berhad
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2