MAJLIS PELANCARAN TNB 2025

Page 6 MyIPO & WIPO Geneva – Latihan dan bimbingan dalam pengkomersialan harta intelek berkaitan teknologi automotif dan pengeluaran. Program CATIAV5 – Latihan oleh jurulatih bertauliah POLCAM dengan kadar kelulusan peserta hampir 100% sejak 2015 lagi. Selari dengan perkembangan teknologi, POLCAM kini turut menumpukan perhatian kepada bidang teknologi pembuatan termaju, antaranya: Pencetak 3D logam dan plastik Pengimbas 3D Sistem pengeluaran modular Robot industri Mesin CNC Kerjasama strategik dalam bidang ini dijalinkan bersama syarikat seperti WNF Resources Sdn. Bhd., Advance Retro Solution Sdn. Bhd., Visual In-Tech Sdn. Bhd., Festo Sdn. Bhd., Hexagon Measurement Technologies Sdn. Bhd., ORS Technologies Sdn. Bhd., 3D Gens Sdn. Bhd., dan Supreme Didactic Sdn. Bhd. Pada tahun 2021, POLCAM menyambut ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan penuh kejayaan, apabila menerima Anugerah Diamond – Centre of Technology Terbaik untuk dua tahun berturut-turut (2020 & 2021). Pada tahun berikutnya 2022, POLCAM telah diiktiraf oleh Majlis TVET Negara sebagai TVET Collaboration Hub dalam bidang Automotif negara, sekaligus dimartabatkan sebagai Hab Automotif Negara. Pada tahun 2024 pula, Kerajaan Negeri Perakmelantik PSAS sebagai Hab AutomotifWilayah Selatan Perak. Kerjasama strategik terbaharu dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), yang dimulakan pada tahun 2023, telah membawa kepada pemasangan Stesen Pengecas Kenderaan ElektrikTNB Electron di PSAS. Inisiatif ini melengkapkan ekosistem latihan teknologi kenderaan elektrik dan pengecasannya di bawah bidang berfokus Pusat Kenderaan Elektrik POLCAM. Dengan pencapaian yang membanggakan lebih satu dekad, POLCAM terus komited menjadi peneraju dalam bidang automotif dan teknologi pembuatan negara melalui: Kolaborasi industri yang mantap Penerapan teknologi terkini dalam latihan Pengkomersialan hasil penyelidikan dan inovasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2