MAJLIS PELANCARAN TNB 2025
Page5 Polytechnic Centre of Technology Automotive and Manufacturing (POLCAM) ditubuhkan pada tahun 2011 di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan telah menunjukkan pencapaian yang memberangsangkan dalam bidang teknologi automotif dan pembuatan. Pada tahun 2015, POLCAM menerima pengiktirafan rasmi sebagai Centre of Technology (CoT) dan berjaya mengekalkan status tersebut menerusi sesi pengauditan semula pada tahun 2018, sejajar dengan perkembangan program akademik automotif dan pembuatan di PSAS. Antara bidang tumpuan dan aktiviti utama POLCAM adalah seperti berikut: Latihan dan Persijilan Profesional: CATIAV5 Mechanical Designer Specialist. Persijilan Berkompetensi Teknologi Kenderaan Elektrik dan Stesen Pengecas Kenderaan Elektrik. Penyelidikan dan Pembangunan Kenderaan Autonomi, selari dengan teknologi automotif masa kini. Perundingan Industri: Kecekapan dan keberkesanan sistem pengeluaran Perkhidmatan Perlindungan Harta Intelek berkaitan teknologi automotif dan pembuatan. POLCAM turut mencatat beberapa pencapaian penting di peringkat nasional dan antarabangsa. Dua hasil penyelidikan — Multilayer Cake Machine dan Air Wheel Generator telah terpilih menyertai program bimbingan pra-pengkomersialan anjuran World Intellectual Property Organization (WIPO) di Geneva. Di peringkat kebangsaan, kajian Portable Air Pump untuk tayar kenderaan telah dinobatkan sebagai Johan Anugerah Harta IntelekMalaysia oleh Perbadanan Harta IntelekMalaysia (MyIPO). Dalam usaha memperkukuh ekosistem TVET, POLCAM menjalin pelbagai kerjasama strategik dengan pihak industri dan agensi profesional, antaranya: Micro Concept Tech Sdn. Bhd. – Modul persijilan kompetensi kenderaan elektrik eMooVit – Penyelidikan dan pembangunan kenderaan autonomi KNK – Perundingan kecekapan pengeluaran JOTAC Academy & Institute of Materials Malaysia – Persijilan profesional dalam bidang kimpalan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2