FLIPBOOK V2 BUKU PROGRAM MALCIDAC 2025
YBHG. PPj. (PA) DATO' Dr. HJ. MOHD ZAHARI BIN ISMAIL Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti Ketua Pengarah JP P KK KATA ALU-AluaN Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana program 1 POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp (MalCiDAC) 2025 dan Majlis Pentauliahan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) berjaya dilaksanakan di Politeknik Sultan Azlan Shah. st JPPKK sentiasa memberi penekanan terhadap pembangunan pelajar yang holistik. Penglibatan aktif dalam badan beruniform seperti PISPA bukan sahaja melengkapkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan kepimpinan, malah mengasah daya tahan serta semangat kesukarelawanan yang tinggi. Ini selari dengan aspirasi kita untuk melahirkan graduan TVET yang bukan sahaja mahir secara teknikal, tetapi juga bersedia memikul tanggungjawab sosial dalam komuniti. Saya yakin nilai-nilai yang dipupuk dalam kalangan anggota PISPA mampu membentuk generasi pelapis negara yang cekal, berdisiplin dan bertanggungjawab. Program seperti MalCiDAC membuktikan bahawa pendidikan politeknik dan kolej komuniti sentiasa progresif dan menyokong pembangunan modal insan yang seimbang. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan penganjuran ini. Kepada pegawai kadet yang ditauliahkan, teruskan menyumbang bakti kepada masyarakat dan negara. Pegang teguh amanah ini, dan jadikan pengalaman anda dalam PISPA sebagai asas membina masa depan yang lebih bermakna. Sekian, terima kasih.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2