FLIPBOOK V2 BUKU PROGRAM MALCIDAC 2025
KATA ALU-AluaN Pengarah P SAS Ts. MOHD ZULKEFLI BIN IBRAHIM Pengarah Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Dengan penuh rasa syukur dan bangga, saya merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberi kepercayaan kepada Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) sebagai tuan rumah bagi 1 POLYCC Malaysian Civil Defence Annual Camp (MalCiDAC) 2025 serta Majlis Pentauliahan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA). st Penganjuran program seperti ini mencerminkan kesungguhan institusi pendidikan dalam memperkasa pembelajaran berasaskan pengalaman sebenar. Ia juga membuka ruang kepada pelajar untuk membina daya tahan, kerjasama pasukan dan semangat kepimpinan yang kukuh dan berkualiti yang sangat diperlukan dalam kerjaya dan kehidupan. Sebagai pengelola, kami berusaha memastikan segala aspek pengurusan dan pelaksanaan program ini berjalan lancar dan meninggalkan kesan bermakna kepada semua peserta. Saya percaya pengalaman yang diperoleh sepanjang program ini akan menjadi bekal yang berguna buat para pegawai kadet yang bakal ditauliahkan. Tahniah kepada semua peserta, fasilitator, jurulatih serta petugas yang telah menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini. Semoga usaha kita hari ini menjadi asas kepada pembangunan generasi yang cekap, bertanggungjawab dan bersedia menyumbang kepada negara. Sekian, terima kasih.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2