MAJLIS PELANCARAN TNB 2025

Page4 Bismillahirrahmaanirrahim, Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan SalamMalaysia Madani. Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, projek pembinaan stesen pengecasan kenderaan elektrik di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) telah berjaya disempurnakan dengan jayanya. Projek ini merupakan satu langkah penting bagi mendepani arus perkembangan teknologi automotif yang semakin pesat khususnya dalam era peralihan kepada teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui. Saya berasa amat bangga kerana PSAS berjaya menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk merealisasikan sasaran membina 10,000 stesen pengecasan kenderaan elektrik menjelang akhir tahun 2025. Ini membuktikan komitmen kami PSAS dalam menyokong dasar dan aspirasi negara ke arah mobiliti rendah karbon. PSAS sentiasa terbuka dan bersedia menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang berkepentingan demi menyokong pembangunan Pendidikan dan LatihanTeknikal danVokasional (TVET) yang lebih mampan dan relevan. Sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi TVET, PSAS sentiasa mengutamakan kelestarian alam sekitar dalam setiap perancangan strategik. Visi dan misi PSAS adalah selari dengan aspirasi nasional dalam mendokong teknologi mesra alam serta membangunkan tenaga kerja yang kompeten dalam bidang kenderaan elektrik dan tenaga hijau. Saya amat berharap agar pembinaan stesen pengecasan ini bukan sahaja dapat dimanfaatkan oleh warga institusi, malah dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan infrastruktur hijau di sekitar daerah ini. Semoga usaha ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak inisiatif lestari yang dapat dilaksanakan bersama pihak industri dan agensi kerajaan pada masa hadapan. Sekian, terima kasih. Ts. Mohd Zulkefli bin Ibrahim Pengarah PoliteknikSultanAzlan Shah

RkJQdWJsaXNoZXIy NjY5MTQ2